Merawat buku lali terseliuh

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi buku lali terseliuh? Apa yang anda lakukan untuk meredakan kesakitan yang dialami?

Merawat terseliuh buku lali iaitu sendi pergelangan kaki dengan betul boleh mencegah daripada sakit kronik, mengurangkan bengkak dan melindungi buku lali yang tercedera.

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen sendi pergelangan kaki yang terkoyak atau tercedera. Kecederaan am itu biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada ‘mendarat’ di atas kaki plantarflexed dan terbalik.

Tanda-tanda terseliuh buku lali:

– Pesakit mengadu kesakitan selepas sendi pergelangan kaki ‘terpintal’, selalu berlaku semasa bersukan.

– Pesakit akan mengadu sakit pada bahagian luar pergelangan kaki, bengkak dan pendarahan di bawah kulit (lebam).

– Sakit apabila disentuh atau digerakkan di tempat tercedera. Apa yang boleh anda lakukan seperti:

Rehatkan kaki

Rehatkan kaki dengan tidak menanggung berat daripada melakukan aktiviti berat. Gunakan alat untuk menyokong anggota yang tercedera seperti tongkat, kerusi roda dan sebagainya.

Tuam ais

Bagi mengawal dan mengurangkan bengkak tuam ais. Namun jangan letakkan ais secara langsung pada kulit dan elak meletak ais lebih daripada 20 minit pada satu masa.

Balut

Balutan bandage boleh membantu mengawal bengkak dan mengurangkan pergerakan yang menyakitkan serta menyokong kecederaan yang dialami.

Ampu kaki tercedera

Baring dan rehatkan kaki anda pada paras yang lebih tinggi daripada jantung anda. Kaki boleh diampu atas bantal.

Haba

Ransangan dengan elektrik berdenyut boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ia dapat membantu meningkatkan peredaran darah, seterusnya meningkatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak atau ketidakselesaan.

Dapatkan rawatan

Jika kesakitan dan bengkak yang dialami semakin serius. Ia menunjukkan kecederaan yang dialami agak parah. Dapatkan rawatan segera terutama jika anda me-ngalami kebas-kebas jari, sendi terkehel, kelumpuhan dan luka. – Agensi