Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Mercedes abaikan nasihat Hamilton

    LONDON, 9 MAC — Lewis Hamilton berkata Mercedes ‘tidak mendengar’ apabila dia membangkitkan kebimbangan mengenai perkembangan kereta Formula Satu musim ini.
    Juara dunia tujuh kali itu menduduki tempat kelima pada pembukaan musim Grand Prix Bahrain Ahad lalu.

    Hamilton memberitahu podcast BBC Radio 5 Live semalam bahawa tahun lepas “ada perkara yang saya beritahu mereka” mengenai isu dengan kereta itu.

    “Saya telah memandu begitu banyak kereta dalam hidup saya. Saya tahu apa yang diperlukan oleh kereta. Saya tahu apa yang kereta tidak perlukan. Saya fikir ia benar-benar mengenai akauntabiliti,” katanya. “Ia mengenai tanggungjawab dan berkata, ‘Ya, awda tahu apa? Kami tidak mendengar awda. Ia bukan berada di tempat yang sepatutnya dan kami perlu bekerja,” ujarnya.

    Hamilton yang berusia 38 tahun menamatkan perlumbaan hampir 51 saat di belakang pemenang perlumbaan, Max Verstappen di Bahrain.

    “Kami masih juara dunia, awda tahu? Cuma kali ini gagal,” kata Hamilton. “Tidak berjaya pada tahun lepas. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya dengan betul untuk terus bergerak ke hadapan,” jelasnya.

    Tahun lalu adalah sukar untuk Hamilton kerana reka bentuk Mercedes sangat tersasar. Ia tidak kompetitif dan sukar dari segi fizikal untuk dipandu, dan ia mengalami fenomena bergetar yang disebut porpoising yang membuat Hamilton dan rakan sepasukannya, George Russell, luka dan sakit selepas setiap perjalanan. – AP

    Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton beraksi semasa Grand Prix Formula Satu Bahrain di Litar Sakhir, Ahad lalu. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...