Mercedes buli Max – Ecclestone

PARIS, 8 DIS – Pencabar gelaran Max Verstappen telah dibuli oleh juara tujuh kali Lewis Hamilton dan pasukan Mercedes pada musim ini, kata bekas ketua Formula Satu Bernis Ecclestone semasa memberitahu AFP.

Verstappen dan Hamilton terikat mata yang sama menjelang Grand Prix final di Abu Dhabi pada Ahad dan dan Ecclestone percaya dengan tekanan daripada ‘permainan psikologi’ Mercedes menjadi salah satu penentu signifikan kejuaraan perlumbaan.

Ecclestone, yang beberapa dekad berusaha mengubah sukan ini menjadi sebuah pusat komersial bilion dolar terbesar dunia, berkata CEO Mercedes Toto Wolff dan Hamilton ialah ‘tidak bersikap adil’.

Ia sudah tentu memberikan satu impak terhadap pemandu asal Belanda yang berusia 24 tahun itu.

Pada Julai lepas, Verstappen berada 32 mata dihadapan namun momentum kini kembali kepada Mercedes dengan Hamilton beraksi seperti pemandu yang memburu gelaran dunia kelapan.

Reaksi Lewis Hamilton berdiri di podium selepas memenangi Formula Grand Prix Arab Saudi di Jeddah pada Ahad lepas. Max sebagai pencabar gelaran tersebut merasa dibuli semasa perlumbaan. – AP

Tanpa diduga pemandu Britain berjaya memenangi perlumbaan di Brazil, Qatar dan terbaharu di Arab Saudi dan sekali gus buat kali pertama sejak Emerson Fittipaldi pada 1974, perebutan gelaran semakin sengit.

“Max seperti seorang budak jika dibandingkan dengan Lewis dan lebih teruk lagi Lewis mempunyai kempen publisiti besar bekerja dengannya,” kata Ecclestone kepada AFP menerusi telefon bimbit dari rumahnya di Ibiza.

“Mereka selalu memberi tekanan kepada Max dan pengarah-pengarah perlumbaan telah melihatnya kerana Toto mengadu ke pengarah perlumbaan.

“Max berdepan lebih daripada sekadar perlumbaan dan dia sering menerima aduan kerana mereka membulinya dan tidak bersikap adil.

“Ini permainan psikologi.”

Ecclestone berkata jika mengenai perang psikologi, Hamilton lebih hebat.

“Max mempunyai pengalaman berlumba yang sedikit tetapi tidak seperti Lewis ketika menghabiskan masa bertahun di litar perlumbaan,” kata Ecclestone.

“Ia mempunyai peribadi dan tahu dia akan menang perlumbaan dengan Mercedes yang berpengaruh sepanjang beberapa tahun ini yang menjadikan peribadinya lebih kuat daripada Max.

“Bagi Max, musim ini adalah yang pertama dia mempunyai kereta yang mampu memenangi berkali-kali sementara sebelum ini tidak ada persaingan.” – AFP