Mercedes gesa F1 lakukan perubahan

MONZA, 14 SEPT – Dua pemandu handalan Formula Satu (F1) terlibat dalam kemalangan yang berpotensi meragut jiwa.

Ia sama seperti kejadian kemalangan yang berlaku sejak berbulan-bulan lalu. Perubahan perlu dilakukan.

Di Grand Prix Britain pada Julai, Max Verstappen terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan dengan Lewis Hamilton pada pusingan pertama. Di GP Itali pada Ahad lalu, Hamilton bernasib baik terselamat daripada satu lagi insiden hasil daripada peranti perlindungan halo.

“Halo tersebut berjaya menyelamatkan nyawa Lewis (Hamilton) hari ini. Ia mungkin menjadi satu kemalangan buruk yang saya tidak ingin sekiranya kami tidak mempunyai peranti halo,” menurut pricipal pasukan Mercedes, Toto Wolff. “Berapa banyak kejadian kemalangan yang kita ingin saksikan pada masa akan datang bagi meng-hentikan seorang pemandu itu dari meraih kemenangan. Perlumbaan sangat sengit dan barangkali kami perlu mencari rangka kerja yang membolehkan kami beroperasi.”

Insiden berlaku pada perlumbaan di Temple of Speed semasa Hamilton keluar dari laluan hentian di hadapan Verstappen, yang cuba memintasnya namun merempuhnya dari belakang.

Kereta di pandu Verstappen hilang kawalan dan dilihat melayang ke udara, dengan tayar hadapan sebelah kanan menghempap bahagian atas kereta Mercedes yang dipandu Hamilton. Kedua-dua pelumba terpaksa dibawa keluar dari perlumbaan.

“Kita pernah menyaksikan persaingan sebegini sebelum ini dan ia adalah di antara pemandu yang sangat bagus, yang berlumba untuk mendapatkan kejuaraan dunia.” Kata Wolff. “Saya merasakan modus operandi bagi masa depan ialah kesalahan teknikal bagi memastikan pemandu lain tidak memenangi sesuatu yang penguasaan terhadapnya sudah pun mutlak. – AP

Kejadian kemalangan di mana kereta Red Bull dipandu Verstappen menghempap kereta Mercedes dipandu Lewis Hamilton pada perlumbaan di GP Itali minggu lalu.- AP