Mercedes hadapi masalah enjin

MONTEMELO, 28 FEB – Juara dunia Lewis Hamilton berdepan dengan masalah kerosakan enjin ketika memandu kereta Mercedes kelmarin, dan berikrar akan memulihkan keadaan sebelum pra musim percubaan Formula Satu berakhir hari ini.

Hamilton hanya menghabiskan 14 pusingan sebelum pemanduan beliau terpaksa dihentikan disebabkan oleh masalah tekanan minyak.

“Saya hanya mengabiskan 14 pusingan hari ini, tetapi sepanjang 14 pusingan tersebut semuanya terasa baik,” menurut Hamilton, yang berharap untuk menyamai rekod tujuh kejuaraan dunia Michael Schumacher pada tahun ini.

“Daripada bersikap negatif, kami telah mengenal pasti beberapa perkara yang patut kami perbaiki, dan kami akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk mengatasi masalah tersebut dan teruskan bekerja.”

Sementara itu, rakan sepasukan beliau Valtteri Bottas, semakin menghampiri Hamilton untuk masa terpantas minggu lalu di litar yang sama, berada di kedudukan tujuh terpantas kelmarin. – AFP