Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Mercedes, Rivian bergabung lancar van elektrik

    ATLANTA, 11 SEPT – Pengeluar kenderaan elektrik Amerika Syarikat (AS) Rivian sedang bergabung dengan Mercedes-Benz untuk membina sebuah kilang di Eropah yang akan menghasilkan van elektrik untuk kedua-dua syarikat.

    Syarikat berkenaan mengumumkan memorandum persefahaman baru-baru ini dan merancang menubuhkan satu usaha sama untuk membina kilang tersebut dalam masa beberapa tahun.

    Kedua-dua syarikat sedang menimbang menghasilkan dua van besar, satu berasaskan VAN.EA, satu-satunya platform Van Mercedes-Benz elektrik, dan satu lagi berasaskan van elektrik generasi kedua, platform Van Ringan Rivian.

    Perjanjian dimeterai dua tahun selepas Amazon berkata ia akan membeli 1,800 van elektrik daripada Mercedes-Benz, susulan setahun selepas Amazon, ditubuhkan oleh Jeff Bezos, menerima 20 peratus saham dalam Rivian. Kini Rivian perlu mengembangkan operasi untuk membuktikan kepada pelabur ia mampu menghasilkan kenderaan yang cukup untuk memenuhi permintaan.

    Ia perlu menambah dua kali ganda pengeluaran dalam suku terbaharu demi mencapai matlamatnya untuk menghasilkan 25,000 buah kenderaan pada tahun ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...