Thursday, December 1, 2022
23 C
Brunei

-

Mercedes tamatkan tajaan FTX

SAO PAULO, 13 NOV – Pasukan Mercedes baru-baru ini telah mengesahkan mereka telah menamatkan kontrak tajaan dengan syarikat tukaran matawang kripto, FTX yang sedang dilanda krisis dan telah membuang logo syarikat daripada jentera mereka sebelum perlumbaan Grand Prix (GP) Sao Paulo.

Jurucakap pasukan berkata usaha sama mereka telah ditamatkan dan semua penjenamaan visual pada jentera mereka tidak akan digunakan. FTX sedang berusaha keras untuk mengumpul berbilion dolar untuk mengelak daripada muflis.

FTX, yang dilihat sebagai penaja utama pasukan Mercedes, memfailkan kebankrapan beberapa jam selepas perjanjian mereka ditamatkan dan sekarang menghadapi siasatan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam tuduhan penyalahgunaan wang deposit pelanggan.

Firma itu dilanda krisis selepas perjanjian penyelamatan dengan Binance, syarikat yang menaja pesaing F1, Alpine, tidak termeterai.

Mercedes menandatangi perjanjian tajaan dengan FTX pada September 2021, semasa mereka menjadi penyandang juara.

“Sebagai langkah pertama, kami telah menggantung perjanjian tajaan dengan FTX. Ini bererti, syarikat tersebut tidak lagi akan muncul pada jentera kami dan aset-aset lain mulai hujung minggu ini. Kami akan terus memantau perkembangan situasi ini dengan rapat,” kata jurucakap Mercedes. Logo FTX sebelum ini dapat dilihat di sayap belakang kereta Mercedes. – AFP

Logo FTX sebelum ini dapat dilihat di sayap belakang kereta Mercedes. – ANN/The Star
Artikel sebelum iniIsnin, 14 November 2022
Artikel seterusnyaDana atasi pandemik ditubuhkan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China lancar kapal angkasa Shenzhou-15

BEIJING, 30 NOV – China melancarkan kapal angkasa Shenzhou-15 semalam, yang membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa lepasnya bagi melengkapkan penghantaran pertama kru China...
- Advertisment -