Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Mercedes vintaj dilelong AS$143 juta

    LONDON, 20 MEI – Sebuah kereta Mercedes-Benz 1955, salah satu daripada dua seumpamanya, dilelongkan pada awal bulan ini dengan harga 135 juta euro (AS$143 juta), menjadikannya kereta paling mahal pernah dijual, umum RM Sotheby’s semalam.

    Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut itu dijual kepada seorang pengumpul peribadi, menurut syarikat pelelongan kereta klasik dalam satu kenyataan, dijual pada harga hampir tiga kali ganda daripada harga rekod sebelumnya untuk sebuah kereta, yang dicatat pada 2018 oleh Ferrari 250 GTO 1962 yang dilelong lebih daripada AS$48 juta.

    Pelelongan diadakan pada 5 Mei di Muzium Mercedes Benz di Stuttgart, Jerman, kata firma pelelongan, menambah harga tinggi kenderaan tersebut meletakkannya dalam senarai ’10 barangan paling berharga yang dijual pada pelelongan dalam mana-mana kategori koleksi.’

    Menurut ranking karya seni yang dijual pada pelelongan dalam beberapa tahun ini, Mercedes 300 SLR menduduki tempat keenam atau ketujuh, dengan rekod sepanjang masa dipegang oleh lukisan Leonardo da Vinci ‘Salvator Mundi’, yang dijual pada November 2017 pada harga AS$450.3 juta.

    Ia disusuli ‘Shot Sage Blue Marilyn’ oleh Andy Warhol, yang juga dijual pada bulan ini dengan harga AS$195 juta.

    Kereta itu adalah satu daripada dua prototaip yang dibangunkan oleh jabatan perlumbaan Mercedes Benz dan dinamakan sempena pengasas dan ketua jurutera, Rudolf Uhlenhaut, menurut RM Sotheby’s.

    “Pembeli telah bersetuju kereta 300 SLR Uhlenhaut Coupe itu akan dibuka kepada tatapan orang ramai pada acara khas, sementara model asal kedua 300 SLR Coupe kekal disimpan dalam pemilikan syarikat dan akan dipamerkan di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart,” tambah syarikat pelelongan itu. – AFP

    Mercedes-Benz 1955 dilelongkan dengan harga AS$143 juta, menjadikannya kereta paling mahal pernah dijual, umum RM Sotheby’s semalam. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...