Merck meterai perjanjian bagi akses ubat COVID-19

GENEVA, 27 OKT – Syarikat penghasilan ubat-ubatan Amerika Syarikat (AS), Merck & Co hari ini mengumumkan satu perjanjian yang akan menyaksikan versi generik ubat anti-COVID-19 bagi orang yang dijangkiti penyakit itu, diedarkan di negara-negara miskin.

Syarikat global Medicines Patent Pool (MPP) berkata ia telah menandatangani persetujuan lesen sukarela bersama Merck untuk memudahkan akses seluruh dunia bagi ubat oral molnupiravir mampu milik.

Tertakluk kepada persetujuan pengawal selia, perjanjian itu akan membantu mewujudkan akses luas bagi penggunaan molnupiravir di 105 buah negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Pengawal selia perubatan Kesatuan Eropah dan AS sudah pun menilai ubat tersebut.

Molnupiravir akan berfungsi dengan mengurangkan keupayaan virus untuk mereplika, oleh itu ia dapat memperlahankan penyakit tersebut. – AFP

Pil COVID-19 yang dihasilkan oleh Merck & Co. – AP