BANDAR SERI BEGAWAN, 9 April – Bidang pendidikan negara mencatatkan satu mercu tanda yang penting apabila buat kali pertama, Negara Brunei Darussalam menyertai Kajian Utama Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 yang diadakan di sekolah-sekolah menengah secara berjadual bermula hari ini hingga 30 Mei nanti.
“Hari ini merupakan hari pertama bagi kajian ini dijalankan, yang melibatkan seramai 7,041 pelajar berusia dalam lingkungan 15 tahun dari 55 buah sekolah menengah dan maktab di bawah Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), sekolah swasta dan juga sekolah antarabangsa.”
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)