Merdeka Walk tarik 150 peserta

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-36, ahli Jawatankuasa Takmir (AJK) Masjid Kampung Bunut dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bunut, pagi tadi, telah mengadakan Merdeka Walk bermula dari Taman Persiaran Damuan, Jalan Tutong menuju ke Masjid Kampung Bunut.

Merdeka Walk yang disertai tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri itu telah menarik seramai 150 peserta termasuk AJK takmir, MPK Bunut, Muslimah masjid, belia dan jemaah.

Aktiviti tersebut turut diserikan dengan penyampaian hadiah kod pemenang pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak-kanak dan belia masjid serta penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar cemerlang sekitar Kampung Bunut yang mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun 2019.

Antara peserta yang mengikuti Merdeka Walk semasa sesi memanaskan badan.