Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merentasi cabaran demi menyelamatkan diri

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    PEMINAT-PEMINAT filem Star Wars setentunya telah mengambil kesempatan untuk menonton filem Star Wars terbaharu yang telah ditayangkan baru-baru ini di pawagam-pawagam di seluruh dunia, Solo: A Star Wars Story, yang mengisahkan tentang pengembaraan watak kesayangan ramai, Han Solo pada zaman mudanya.

    Kali ini, para peminat tegar setentunya juga tidak ingin ketinggalan daripada memiliki novel Star Wars berjudul Most Wanted karya Rae Carson yang merupakan prekuel kepada kisah itu.

    Berlatar belakangkan kisah sebelum kejadian di filem itu, Han dan Qi’ra tidak mempunyai banyak persamaan selain daripada keduanya tidak mempunyai apa-apa.

    Mereka membesar sebagai kanak-kanak jalanan di planet industri Corellia, sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita mereka, mencari apa sahaja peluang yang ada untuk membuktikan diri mereka di dunia bawah tanah di Corellia, sehinggalah mereka menyedari bahawa mereka melakukan misi yang sama untuk majikan mereka yang tidak bermoral itu.

    Ikuti prekuel filem Solo: A Star Wars Story dengan membaca novel Most Wanted karya Rae Carson.

    Apabila misi tersebut tiba-tiba gagal, Han dan Qi’ra terpaksa melarikan diri demi menjaga keselamatan diri masing-masing.

    Melarikan diri daripada lanun, sindiket jenayah, Empire dan majikan mereka. Mereka harus belajar untuk mempercayai sesama sendiri jika mereka ingin terus hidup.

    Bagi mengetahui kesudahan kisah yang sangat menarik ini maka jangan terlepas untuk terus membaca novel Most Wanted karya Rae Carson.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda