Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merera Gudina dibebaskan

    ADDIS ABABA, 18 Jan – Pemimpin pembangkang Etiopia, Merera Gudina dibebaskan dari penjara semalam selepas kerajaan menarik balik tuduhan keatasnya dan juga sebahagian daripada pengampunan kepada banduan, menurut laporan tempatan.

    Kenyataan pertama selepas dibebaskan, Merera berikrar untuk sentiasa aktif dalam politik dan menyeru kerajaan Etiopia untuk mengadakan rundingan yang jujur dangan parti-parti pembangkang negara itu.

    Merera merupakan individu yang berprofil tinggi pertama yang telah dibebaskan sejak Perdana Menteri Hailemariam Desalegn mengumumkan awal bulan ini di mana Etiopia akan membebaskan ahli politik dengan jumlah ramai yang tidak dinyatakan.

    Penahanan Merera yang merupakan pengerusi pembangkang Oromo Federalist Congress (OFC), telah mencetuskan kegembiraan di kalangan ahli kumpuloan etnik Oromo.

    Merera Gudina (tengah) berjalan bersama para penyokongnya selepas dibebaskan semalam. Beberapa pemimpin tertinggi pembangkang dan ratusan yang lain telah dibebaskan. – AP

    Pada 2015, mereka mengadakan demonstrasi antikerajaan selama berbulan-bulan yang merebak ke seluruh Etiopia sekali gus menyebabkan beratus-ratus yang terkorban dan parlimen mengisytiharkan perintah darurat seluruh negara.

    “Alangkah baiknya jika kerajaan mengadakan rundingan yang jujur dengan pimpinan politik yang lain untuk mewujudkan suasana demokratik di Etiopia yang menggabungkan semua secara adil,” beritahunya kepada Fana Broadcasting Corporate selepas dibebaskan dari penjara luar bandar Addis Ababa.

    Dia juga memberitahu para wartawan yang hadir di kediamannya bahawa dia ‘sangat gembira’ kerana dibebaskan dan meminta kepada kerajaan untuk terus membebaskan para tahanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda