Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Meria menang kereta MG3

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Dayang Meria binti Tanam bakal memandu pulang sebuah kereta MG3 baharu apabila terpilih sebagai pemenang utama kempen cabutan bertuah anjuran Digital World Enterprise dengan kerjasama Premier Motor Co.

    Majlis cabutan telah disiarkan secara langsung dari Regal Blue, Kampung Sungai Hanching, kelmarin.

    Hadir membuat cabutan ialah Pengarah Premier Motor, Teng Chee How dengan disaksikan oleh wakil dari LZ Hussain & Co, Legal Associate.

    Kempen yang berjalan dari lewat Disember 2022 hingga April lalu itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan baharu dan tetap Digital World.

    Ia merupakan salah satu kempen tahunan yang dianjurkan oleh Digital World Enterprise. Selain itu, syarikat berkenaan juga mengadakan kempen Like & Share yang bermula 14 Disember 2022, dan Shop & Gocha bermula sejak 22 Disember 2022.

    Sehubungan itu, majlis cabutan berkenaan turut mengumumkan tiga pemenang kempen Like & Share, di mana dua orang pemenang akan membawa pulang hadiah barangan elektronik iaitu Airbot Mini Vacuum dan seorang akan menerima Redmi Soundbar.

    Seterusnya majlis diteruskan dengan pengumuman 10 orang pemenang sagu hati yang akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti Airbot Robot, Airbot Supersonic Lite, Airbot Hypersonic Pro dan banyak lagi yang disumbangkan oleh Airbot.bn.

    Teng Chee How membuat cabutan bagi memilih pemenang bertuah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...