Meriahkan 10 malam terakhir Ramadan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) dan Jerudong Park Medical Centre (JPMC), hari ini, memeriahkan lagi 10 malam terakhir Ramadan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Eksekutif PJSC, Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Perubatan JPMC, Dr Muhd Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim.

Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pengerusi PJSC Ibadah Friendly Hospital (IFH) PJSC, Haji Ishkandar bin Haji Buntar diikuti dengan bacaan takhtim, tahlil, zikir Doa Khatam Al-Quran dan Doa Arwah serta diakhiri dengan Dikir Marhaban dan Doa Selamat.

Acara tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif IFH PJSC yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

Ia merupakan satu konsep yang bertujuan untuk mencapai kecemerlangan dan nilai-nilai identiti dalam diri pekerja dan memberi tumpuan kepada kesejahteraan pesakit melalui penggabungan nilai-nilai Islam.

Pengarah Eksekutif PJSC hadir selaku tetamu kehormat.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.