Meriahkan awal tahun hijrah

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Bagi meraikan dan memeriahkan lagi sambutan tahun baharu 1442 Hijrah, Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB) turut tidak ketinggalan dalam menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran Sambutan Maal Hijrah di ibu pejabatnya di Kompleks Perndustrian Ringan Beribi, hari ini.

Lebih kurang 30 orang ahli dan jawatankuasa PPPMB menghadiri majlis berkenaan. Juga hadir ialah Presiden PPPMB, Dr Haji Abdul Latif bin Chuchu.

Sementara itu, bacaan Doa Awal Tahun Hijrah telah dipimpin oleh Ketua Belia PPPMB, Awang Mohd Zafren bin Mohd Said.

Acara sambutan awal tahun Hijrah tersebut merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh PPPMB menjelangnya 1 Muharam.

Antara ahli-ahli dan jawatankuasa PPPMB yang hadir pada majlis sambutan awal tahun Hijrah.