Meriahkan majlis korban

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Seramai 91 orang Asnaf Fakir Miskin telah menerima agihan daging korban pada majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis dan Madang, hari ini.

Sebanyak 13 ekor kerbau dikorbankan pada tahun ini daripada seramai 91 orang peserta. Pengagihan daging korban yang diadakan di perkarangan masjid tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku penaung masjid berkenaan dan datin.

Pada majlis berkenaan, agihan daging korban turut diberikan kepada lebih 100 orang penduduk kampung yang tinggal di kawasan sekitarnya.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku penaung Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis dan Madang ketika mengagihkan daging-daging korban kepada salah seorang penerima. – Gambar oleh Muiz Matdani
Isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengagihkan daging-daging korban kepada salah seorang penerima. – Gambar Muiz Matdani