Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Meriahkan Syawal bersama golongan berkeperluan khas

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Lebih 65 buah keluarga yang terdiri daripada keluarga orang berkeperluan khas telah dijemput dalam Majlis Jamuan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran The Impian Project yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.

    Berkenan berangkat ke majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah yang diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr Haji Mohd Yakub.

    Keberangkatan Yang Teramat Mulia di hotel berkenaan dijunjung oleh Dayang Lailatul Zubaidah Hussain dan Dayang Norjinah Mahmud selaku pengerusi-pengerusi bersama majlis.

    Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Majlis jamuan berkenaan dianjurkan bersama Zahara Charity Foundation dan disokong oleh Suruhanjaya Tinggi Australia, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Suruhanjaya Tinggi British, Progresif Sdn Bhd, Juta Jaya Sdn Bhd, Hitune, LZ Hussain & Co dan City Neon Sdn Bhd.

    Majlis dilaksanakan dengan mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan situasi COVID di negara ini.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr Haji Mohd Yakub berkenan meraikan Lebaran bersama-sama golongan berkeperluan khas pada Majlis Jamuan Rumah Terbuka anjuran The Impian Project di Hotel Antarabangsa Rizqun, kelmarin.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis berkenaan diiringi oleh YAM Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini. Turut hadir ialah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
    Kehadiran maskot-maskot watak animasi turut menceriakan majlis terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...