Friday, August 12, 2022
32 C
Brunei

Meringkuk 25 tahun

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 DIS – Mahkamah Tinggi hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun serta 20 kali sebatan terhadap seorang lelaki Bangladesh, yang bekerja sebagai pengutip sampah, kerana merogol seorang gadis berusia 12 tahun yang mengalami masalah intelektual.

Mohd Shab Ali, 39, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu pada perbicaraan sebelum ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Haji Abdullah Soefri bin POKSM DSP Haji Abidin mengambil kira hujahan pihak pendakwaan mengenai fakta bahawa defendan telah mengambil kesempatan ke atas umur mangsa yang masih muda serta masalah inteleknya.

Hukuman itu dijatuhkan berdasarkan hujah pihak pendakwaan di mana perbuatan defendan yang melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari dan di kawasan kediaman mangsa.

Ketika membuat keputusan itu, Hakim Haji Abdullah Soefri seterusnya menegaskan mangsa mempunyai hak untuk mendapat perlindungan dan keselamatan daripada penderaan seksual oleh pemangsa seperti tertuduh.

Hakim menegaskan keperluan hukuman berat dijatuhkan untuk melindungi orang ramai dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap sistem (mahkamah).

Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman mendedahkan di mahkamah bagaimana perbuatan defendan terbongkar.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -