Merkel anjur rundingan bincang krisis iklim

BERLIN, 20 OGOS – Canselor Jerman Angela Merkel menganjurkan rundingan dengan Greta Thunberg dan aktivis Fridays for Future di Berlin hari ini untuk membincangkan mengenai matlamat iklim Kesatuan Eropah (EU), dengan aktivis dijangka mengutuk ‘dasar ketidakgiatan politik.’

Merkel berkata Thunberg dan rakan seperjuangannya Luisa Neubauer dari Jerman dan Anuba De Wever dan Adelaide Charlier dari Belgium telah meminta mesyuarat diadakan dan beliau ‘gembira’ untuk mengalu-alu mereka ke pejabat canselornya.

Aktivis telah mengingatkan sebelum rundingan bahawa mereka terkejut dengan kekurangan perkembangan dalam usaha memperjuangkan perubahan iklim meskipun janji oleh kerajaan Eropah.

“Apabila ia membabitkan tindakan, kami masih berada dalam keadaan penafian. Krisis iklim dan ekologi tidak pernah dianggap sebagai satu krisis,” tulis mereka dalam sepucuk surat yang disiarkan dalam akhbar Jerman Der Spiegel dan The Guardian di Britain semalam.

“Kami akan memberitahu Merkel bahawa beliau mesti berdepan dengan kecemasan iklim – terutamanya apabila Jerman kini menjadi presiden Majlis Eropah. Eropah mempunyai tanggungjawab untuk bertindak.”

Mesyuarat diadakan dua tahun selepas Thunberg, 15, mula ponteng sekolah untuk mogok di luar parlimen Sweden untuk menghebohkan keperluan mengambil tindakan ke atas pemanasan global. – AFP

Aktivis iklim dari kiri ke kanan, Greta Thunberg, Anuba de Wever dan Adelaide Charlier bercakap mengenai isu sampingan rundingan dengan Canselor Jerman di Berlin kelmarin. – AFP