Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Merkel bakal terima anugerah ‘State Prize’

    COLOGNE, 16 MEI – Bekas Canselor Jerman, Angela Merkel, akan menerima anugerah ‘State Prize’ pada satu majlis di Cologne hari ini, menurut agensi berita Jerman (dpa).

    State Prize, yang diasaskan pada tahun 1986, anugerah tertinggi negeri North Rhine Westphalia.

    Ketua Menteri, Hendrik Wüst, berkata Merkel berjaya mengemudi Jerman mengharungi pelbagai krisis sepanjang memegang jawatan itu selama 16 tahun.

    Beliau berkata, “Pencapaian beliau dalam bidang kemanusiaan sungguh luar biasa dan khidmat cemerlangnya telah meletakkan Jerman gah di mata dunia”. – Bernama

    Angela Merkel (kanan) dan Presiden Volodymyr Zelensky menyampaikan ucapan sebelum rundingan di Berlin pada 12 Julai 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -