Merokok diharamkan di Galicia

MADRID, 13 OGOS – Satu pengharaman ke atas merokok di jalan dan teres restoran apabila penjarakan fizikal tidak dapat diamalkan berkuat kuasa hari ini di kawasan barat laut Sepanyol Galicia, dengan kawasan lain menimbang sekatan yang sama untuk membendung penularan koronavirus.

Di bawah undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan serantau Galicia lewat semalam yang berkuat kuasa pada tengah malam, menanggalkan penutup mulut dan hidung di tempat awam tidak dibenarkan jika sukar mengamalkan penjarakan fizikal dua meter di antara orang.

Penduduk diwajibkan di seluruh Sepanyol, kecuali di Pulau Canary, untuk memakai penutup mulut dan hidung di semua tempat awam terbuka dan tertutup.

Persatuan Epidemiologi Sepanyol pada Julai menggesa merokok diharamkan di tempat terbuka, berkata timbulnya risiko perokok yang dijangkiti COVID-19 tetapi tidak menunjukkan simptom ‘mungkin mengeluarkan titisan’ mengandungi virus ‘yang menimbulkan risiko kepada penduduk lain.’

Pengharaman merokok adalah yang pertama dikuatkuasakan di Sepanyol dan merupakan sebahagian daripada langkah baharu yang dikenakan oleh Galicia, terkenal sebagai destinasi untuk pelancong bersiar-siar di Camino de Santiago, untuk mengawal penularan COVID-19. – AFP

Orang awam memakai penutup mulut dan hidung berbaris untuk diuji COVID-19 di Vilafranca del Penedes di wilayah Barcelona, Sepanyol. Pengharaman merokok telah diluluskan untuk dikuatkuasa di Galicia semalam untuk membendung penularan COVID-19. – AP4