Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Meronk, Buhai menang Terbuka Australia

    MELBOURNE, 4 DIS – Pemain golf Poland, Adrian Meronk melakukan pukulan eagle di lubang terakhir untuk memenangi Terbuka Australia dengan kelebihan 5 pukulan, manakala pemain golf Afrika Selatan, Ashleigh Buhai menang untuk kategori wanita di Melbourne, kelmarin.

    Meronk, pemain ranking dunia ke-56, mengesahkan kemenangannya dengan pukulan di padang green ke-18 sekali gus mendahului idolanya, Adam Scott di Kelab Golf Victoria.

    Pemain Poland itu membuat pukulan eagle dan empat birdies untuk berakhir dengan keputusan empat bawah 66 dan menjarakkan dirinya daripada bekas juara Masters, Scott, yang terlepas peluang untuk menang selepas membuat double bogey (6) di lubang ke-17.

    “Saya sangat teruja dan berjaya melakukannya di lubang ke-18 memang sukar dipercayai,” kata Meronk.

    “Saya berasa sangat gembira hari ini. Saya bermain seperti biasa sejak dua hari lepas dan ternyata ia mencatat hasil yang baik.

    “Saya sangat berbangga dengan diri saya, berbangga dengan pasukan saya dan sangat gembira sekarang.”

    Meronk mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama dari Poland yang memenangi Jelajah Dunia DP dan menang dalam Terbuka Ireland pada tahun ini dengan tiga pukulan selepas menjadi naib juara dalam Terbuka Itali pada tahun lalu.

    Sementara itu, juara Terbuka British, Buhai bertahan daripada ancaman Jiyai Shin untuk menang kategori wanita dengan perbezaan satu pukulan.

    Buhai, pemain golf ranking dunia ke-28, pada satu tahap telah mendahului sebanyak empat pukulan namun terpaksa bertahan dengan prestasi pemain Korea Selatan, yang memaksa kepada perlawanan playoff, sebelum tersasar.

    Pemain Australia, Grace Kim terikat sebagai pendahulu menuju lubang ke-18 sebelum double bogey (7) menjejaskan kedudukannya. – AFP

    (Dari kiri): Ashleigh Buhai, Adrian Meronk dan Kipp Popert bergambar bersama trofi yang dimenangi mereka semasa Kejohanan Golf Terbuka Australia di padang golf Victoria, Melbourne, Australia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...