Wednesday, November 13, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merriam-Webster tambah 690 istilah baharu

    NEW YORK, 28 SEPT – Kamus Merriam-Webster mengumumkan penambahan 690 perkataan baharu, termasuk istilah sukan, beast mode, bracketology dan GOATED, menurut laporan agensi berita Jerman.

    “Kami teruja dengan perkataan baharu itu. Kami berharap dapat memberi kepuasan ketika membacanya seperti mana kami mentakrifkannya,” kata Editor Merriam-Webster kelmarin.

    Beast mode ditakrifkan sebagai “gaya atau cara sangat agresif atau bertenaga yang seseorang (seperti atlet) gunakan untuk sementara waktu (bagi mengalahkan lawan dalam pertarungan atau pertandingan).”

    Bracketology adalah ‘kajian mengenai kejohanan, sebahagian besarnya berkaitan dengan kejohanan bola keranjang NCAA bermula pada Mac, manakala GOATED berasal daripada istilah Greatest of All Time (terhebat sepanjang masa) bermaksud seseorang yang terbaik dalam apa yang dilakukannya.’

    Terdapat juga tambahan beberapa istilah baharu media sosial seperti thirst trap (‘foto atau video yang dikongsi untuk tujuan menarik perhatian’), grammable (‘sesuai untuk disiarkan di Instagram’) dan finsta (akaun rahsia atau inkognito di Instagram’.)

    Istilah baharu lain, termasuk chef’s kiss, cheffy dan smashburger.

    Merriam-Webster berkata kamusnya kini merangkumi kira-kira 470,000 entri. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda