Merungkai punca serangan buaya liar di Timor-Leste

Mario Da Cruz hanya mampu terduduk ketakutan tatkala melihat sekelompok kecil buaya membunuh seorang kanak-kanak di kawasan pantai Timor-Leste – satu lagi mangsa serangan buaya di negara kecil itu

Insiden seperti itu telah melonjak lebih 20 kali ganda semenjak dua dekad yang lalu dengan purata satu orang setiap bulan akan menjadi mangsa kepada reptilia yang ganas itu, walaupun tidak kesemuanya membawa maut.

Timor-Leste terletak antara Indonesia dan Australia serta hampir 1.2 juta penduduknya bergantung kepada saluran air atau aliran sungai untuk setiap aspek dalam kehidupan mereka. Penduduk sering menjadi sasaran buaya tatkala mereka sedang memancing di perahu kecil atau ketika mandi-manda dan ketika mengumpul air untuk diminum.

Kadar serangan buaya di Timor-Leste meningkat daripada kurang kepada satu setiap tahun pada tahun 1996 hingga meningkat tinggi pada tahun 2014, data paling terkini yang sudah ada. Peningkatan itu membuatkan serangan buaya 10 kali ganda lebih besar daripada penyakit malaria, menurut Sebastian Brackhane di University of Freiburg, Jerman yang telah mempelajari pengurusan buaya di Timor-Leste.

Brackhane dan saintis yang lain cuba melihat kemungkinan yang berada di sebalik peningkatan itu di mana relatifnya adalah sangat rendah, termasuk kemungkinan manusia memasuki habitatnya. “Kami berpendapat, peningkatan buaya air masin itu disebabkan oleh faktor utama atau The Primary Factor,” katanya kepada media.

Kadar serangan buaya di Timor-Lesta meningkat daripada kurang kepada satu setiap tahun pada tahun 1996 hingga meningkat tinggi pada tahun 2014. – AFP
Penduduk sering menjadi sasaran buaya tatkala mereka sedang memancing di perahu kecil atau ketika mandi-manda dan ketika mengumpul air untuk diminum. – AFP

Pemuliharaan?

Kebanyakan penduduk Timor-Leste sangat menghormati reptilia itu dan mempercayai serangan berpunca daripada pendatang asing (buaya) yang berenang dari Australia atau di tempat lain untuk mencari sumber makanan. Mereka mengatakan bahawa usaha pemuliharaan telah meningkatkan lagi populasi buaya Australia, membawa kepada persaingan yang lebih besar terhadap sumber makanan – dan berpotensi untuk memaksa sesetengah pihak untuk pergi lebih jauh.

Oleh itu, dia dan Yusuke Fukuda, saintis hidupan liar bersama kerajaan Australia utara, berharap ujian DNA akan menyelesaikan misteri terhadap serangan budaya yang semakin meningkat secara tiba-tiba ini.

Saintis mengatakan bahawa haiwan ini, di mana boleh membesar sehingga enam meter dan keberatan sehingga 1,000 kilogram menjadikan perjalanan sejauh 500 kilometer ke Laut Timor dari Australia. Malah kemungkinan buaya ini boleh berenang dari Papua New Guinea, Indonesia bahkan dari Malaysia.

Banks dan Fukuda serta kerjasama daripada pegawai rasmi Timor-Leste, mengambil sampel DNA dari 18 ekor buaya semasa lawatan selama dua minggu baru-baru ini. Banks dan Fukuda menjalankan operasi itu bersama pegawai Timor-Leste bagi menelusuri kawasan sungai. Berbekalkan tiang berduri empat meter yang berdiri di tebing sungai dan menyasarkan buaya liar, mengambil sampel kulit daripada bahagian ekor buaya yang penuh isi. “Ia kurang di luar sana berbanding suaranya,” Banks menerangkan.

Mereka turut mengambil sampel dari buaya liar yang telah ditangkap oleh penduduk tempatan dan disimpan dalam sangkar. Sampel buaya di Timor-Leste kemudian dibandingkan dengan data yang dikutip di Australia bagi melihat apakah ada perbandingan bagi setiap genetik.

Keputusan daripada pusingan pertama ujian tidak menunjukkan bahawa reptilia asing itu berasal dari luar malah kebanyakannya terdapat di perairan tempatan. “Ia seakan-akan menunjukkan asal dari Timor-Leste, ia tidak memperlihatkan apa-apa bukti keturunanan Australia,” kata Bank.

Namun dia akan tetap melakukan ujian lebih banyak di kawasan yang lebih luas bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas sekali gus menghalang serangan buaya asing. “Hipotesis ini masih wujud kerana kami tidak mempunyai sebarang bukti untuk membantahnya,” katanya. Ramai penduduk Timor-Leste merasa benci untuk menyalahkan buaya asli, reptilia ini sering disebut sebagai datuk dalam bahasa Tetum tempatan – ia dihormati di mana-mana kuil negara itu.

Haiwan ini menjadi titik utama metos penciptaan Timor-Leste yang melihat seorang budak lelaki berkawan dengan buaya namun mati lalu dihidupkan semula dalam bentuk semula jadi. “Orang ramai melihat buaya sebagai nenek moyang,” kata Nina Baris, pemimpin masyarakat di Lospalos. “Menurut kepercayaan kita, jika buaya menggigit seseorang itu, bermakna dia telah melakukan dosa yang sangat berat,” tambahnya kepada media. – AFP