Mesej dalam botol ditemui di Hawaii selepas 37 tahun

TOKYO, 17 SEPT – Satu mesej dalam botol dilepaskan 37 tahun lalu ke laut oleh pelajar sekolah tinggi Jepun telah ditemui …kira-kira 6,000km jauhnya di Hawaii.

Ahli kelab sains alam semula jadi di Sekolah Menengah Choshi di Chiba, timur Tokyo melepaskan 750 botol ke laut antara 1984 dan 1985 untuk menyiasat arus lautan.

Botol-botol yang mengandungi mesej dalam English, Jepun dan Portugis itu meminta penemunya menghubungi penghantar – dihanyutkan ke tempat-tempat sejauh Filipina, Kanada dan Alaska. Namun tiada satu pun ditemui selepas botol ke-50 ditemui pada 2002 di wilayah Kagoshima, di barat laut Jepun.

Botol ke-51 itu ditemui oleh budak perempuan berusia 9 tahun di pantai Hawaii dalam Jun, menurut sekolah itu, dengan mesej bersaiz poskad masih lagi jelas dan tidak terjejas. – AFP