Mesej tular tawaran apartmen Lambak Kanan tidak benar

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Berikutan mesej dan gambar tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai tawaran bagi apartmen Lambak Kanan, Jabatan Kemajuan Perumahan memaklumkan bahawa mesej itu tidak benar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut di sini hari ini, orang ramai diseru tidak menularkan mesej tersebut dan menyampaikan berita yang tidak tepat.

Jabatan juga memohon kerjasama orang ramai untuk memberigakan berita hanya daripada sumber yang rasmi.

Orang ramai diingatkan adalah menjadi satu kesalahan menyebarkan maklumat palsu di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 bahawa sesiapa sahaja sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan cara lain, menyebarkan berita-berita palsu atau membuat kenyataan-kenyataan palsu yang mungkin menyebabkan ketakutan atau gundah gulana dalam kalangan orang ramai adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda $3,000 dan penjara selama tiga tahun.

Bagi memastikan kesahihan sebarang maklumat berkaitan jabatan terbabit, orang ramai bolehlah menghubungi Unit Pembangunan Masyarakat dan Perhubungan Awam melalui talian 2382145 sambungan 7013 atau 7014 (waktu pejabat), melalui alamat e-mel [email protected] atau melayari laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Perumahan di alamat www.housing.gov.bn.