Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Mesin layan diri guna kad pula diperkenalkan

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Masalah ketiadaan wang kecil untuk membeli minuman dan snek apabila menggunakan mesin layan diri kini berakhir apabila pengguna boleh membuat bayaran dengan kad Touch ‘n Go.

Mesin diperkenalkan Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) dengan kerjasama Ventaserv Sdn Bhd (Ventaserv) dan Coca Cola Refreshments (M) Sdn Bhd (Coca Cola) itu kini ditempatkan di tempat awam di Lembah Klang, termasuk hospital, taman rekreasi, pusat beli-belah dan bangunan pejabat.

Ketua pegawai operasi TNGSB Farilla Abdullah berkata sejajar dengan kemajuan teknologi dalam bidang peruncitan layan diri yang melibatkan pelbagai sektor, Touch ‘n Go terus memastikan ciri perkhidmatannya menepati trend semasa serta berusaha untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada pengguna.

“Kami percaya, pengguna sudah jemu dengan masalah perlu menyediakan wang kecil dan membawa syiling yang memberatkan kocek.

“Ini satu lagi kejayaan penting dalam misi Touch ‘n Go bagi mewujudkan masyarakat yang tidak lagi perlu menggunakan wang tunai, sejajar dengan gaya hidup serba pantas hari ini, yang amat mementingkan  kemudahan dan pengalaman yang menyenangkan mereka, ” kata beliau pada pelancaran Mesin Layan Diri Menggunakan Kad Touch’ n Go di sini hari ini.

Pada majlis itu, Farilla juga mengumumkan pelaksanaan ‘Top 50 Spenders Campaign’ selama dua bulan bagi semua penggguna Touch ‘n Go mulai hari ini hingga 30 Sept 2017 di mesin layan diri Ventaserv terpilih. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -