Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Mesir bebaskan 30 aktivis

    KAHERAH, 25 NOV – Mesir mengumumkan pembebasan 30 aktivis politik yang dipenjarakan, dalam siri pembebasan tahanan secara besar-besaran terbaharu, ketika penelitian antarabangsa yang semakin intensif terhadap rekod hak asasi manusia negara itu.

    Setakat ini, belum diketahui maklumat lanjut mengenai identiti aktivis berkenaan dan tidak dapat disahkan berapa ramai daripada mereka sudah dibebaskan.

    Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pengampunan Presiden Mesir, Tarik el-Awady.

    Beliau berkata 30 aktivis itu berada dalam tahanan sebelum perbicaraan dan berdepan tuduhan berkaitan ‘pandangan’ mereka.

    El-Awady kemudiannya menyiarkan foto menunjukkan beberapa tahanan yang dibebaskan sedang memeluk ahli keluarga dan rakan mereka.

    Sejak 2013, kerajaan Presiden Mesir, Abdel-Fattah el-Sissi, bertindak keras terhadap mereka yang menentang dan lantang mengkritik, memenjarakan ribuan orang, mengharamkan protes dan memantau hantaran di media sosial. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...