Mesir guna tentera Perancis ‘bunuh orang awam’

PARIS, 22 NOV – Mesir disyaki menggunakan perisik tentera Perancis dalam usaha menyasarkan untuk ‘membunuh orang awam’ yang disyaki melakukan penyeludupan.

Pendedahan itu dilakukan oleh laman web penyiasatan Disclose yang memperoleh dokumen yang bocor di mana misi antara dua negara itu dikenali sebagai ‘Sirli’.

Operasi Sirli bermula pada Februari 2016 semasa bekas Presiden Perancis, Francois Hollande memegang jawatan.

Menurut laman web itu, prinsip misi itu adalah untuk mencari kemungkinan ancaman pengganas yang datang dari Libya menggunakan pesawat ringan yang direka untuk pengawasan dan tinjauan.

“Namun ahli pasukan (Perancis) memahami bahawa risikan yang dibekalkan kepada Mesir digunakan untuk membunuh orang awam yang disyaki penyeludup. – AFP