Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir hormati perjuangan ‘bermaruah’ meski tewas

    KAHERAH, 7 Feb – Presiden dan akhbar-akhbar Mesir telah memberikan pujian ke atas perjuangan ‘bermaruah’ pasukan bola sepak kebangsaan kelmarin, menggelar mereka juara meskipun tewas 2-1 dalam final Piala Negara-Negara Afrika kepada Cameroon.

    Pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny telah memberikan Mesir pendahuluan di pertengahan separuh masa pertama dan mereka kelihatannya dalam laluan untuk mencatatkan mahkota kelapan Piala Negara-Negara Afrika sejak 2010.

    Tetapi Cameroon bangkit menyamakan kedudukan dan Vincent Aboubakar keluar dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan dengan perlawanan berbaki dua minit.

    “Kami tewas dengan bermaruah,” tajuk utama akhbar Al-Shorouk.

    “Pharaohs telah tewas 2-1 di final selepas persembahan bermaruah,” menurut akhbar negara, Al-Akhbar.

    “Anda telah memberikan penghormatan kepada kami, juara. Kita akan bertemu lagi di Piala Dunia,” menurut sebuah akhbar, Al-Masry-Al-Youm.

    Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengekspresikan ‘tanda terima kasihnya’ kepada para pemain atas ‘persembahan bermaruah’ mereka di Gabon.

    “Meskipun dengan keputusan perlawanan itu, pasukan kebangsaan telah memenangi penghargaan seluruh penduduk Mesir dan penghormatan daripada semua peminat bola sepak dunia,” kata Presiden Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan.

    Baru-baru ini, presiden tersebut pergi ke lapangan terbang bagi mengalu-alukan kembalinya para pemain, berjabat tangan dengan setiap seorang pemain, menurut satu rakaman televisyen negara tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda