Mesir kesuntukan masa

KAHERAH, 11 Jan – Mesir yang dipilih menjadi tuan rumah kejohanan Piala Negara-negara Afrika 2019, kesuntukan masa untuk bersedia bagi mengadakan acara itu dalam tempoh lima bulan, namun para pakar berkata negara itu akan menghadapi cabaran.

Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) Selasa lalu berkata ia telah memilih Mesir berbanding Afrika Selatan untuk menggantikan tuan rumah asal Cameroon, yang digugurkan berikutan penangguhan dalam persediaan dan kebimbangan terhadap keselamatan.

Sejak pengumuman itu, kerajaan dan Persekutuan Bolasepak Mesir (EFA) telah memberikan jaminan bahawa negara itu bersedia, kedudukan yang diperlukan untuk membuat kejutan sejak Cameroon kehilangan hak untuk menjadi tuan rumah pada November depan.

“Kami perlu bersedia dua bulan menjelang kejohanan, jadi kami hanya mempunyai tempoh tiga bulan,” kata jurucakap EFA, Ossama Ismail.

Jawatankuasa penganjuran akan dimaklumkan termasuk kementerian sukan, perkhidmatan keselamatan dan pihak berkuasa bola sepak, katanya kepada AFP.

Gambar menunjukkan bintang Mesir yang bermain untuk Liverpool, Mohamed Salah ketika menentang Manchester City di Stadium Etihad. Negara itu telah dipilih untk menjadi tuan rumah kejohanan Piala Negara-negara Afrika tahun ini. – AP

Maklumat terperinci mengenai persediaan bagi kejohanan itu, yang dijadualkan antara 15 Jun dan 13 Julai, akan diketahui ‘dalam tempoh masa beberapa hari’, tambahnya.

Ia bukanlah kali pertama dalam sejarah Piala Negara-negara (AFCON) yang mengadakan acara sukan Afrika menghadapi masalah.

Maghribi mengundur diri sebagai tuan rumah kejohanan itu pada 2015 berikutan kebimbangan cetusan wabak Ebola, yang memberi laluan kepada Equatorial Guinea untuk mengadakannya.

Keselamatan menjadi salah satu cabaran utama Mesir pada perlawanan itu, yang ditambah kepada 24 pasukan buat kali pertama, meningkat dari 16 pasukan pada edisi 2017 di Gabon.

Sejak pemberontakan 2011 dan penggulingan Presiden Mohamed Morsi pada 2013, negara itu dibelenggu oleh serangan jihad dan memaksanya melancarkan operasi di Semenanjung Sinai. – AFP