Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir kutuk serangan di Zimbabwe

    KAHERAH, 24 Jun – Mesir dengan tegas mengutuk serangan yang berlaku kelmarin yang menyasarkan perhimpunan Presiden Zimbabwe Emmerson Mnangagwa ketika dia hadir semasa kempen pilihan raya, kata Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.

    Kenyataan itu menyatakan solidariti Mesir ‘dengan kerajaan Zimbabwe dan rakyat untuk mencapai keamanan dan kestabilan di negara itu.’

    Letupan yang berlaku di Stadium White City di Bulawayo itu merupakan sebuah bandar di barat daya Zimbabwe, di mana beberapa orang cedera termasuk pegawai presiden kanan. Presiden Mnangagwa, yang membuat ucapan kepada beribu-ribu ahli parti dan penyokongnya, terselamat daripada serangan yang berlaku itu.

    Mesir merasa begitu lega dengan kegagalan serangan terkutuk itu, di mana presiden Zimbabwe dalam keadaan selamat, kata kenyataan itu.

    Terdahulu, Mesir kelmarin mengecam percubaan gagal untuk ‘membunuh’ Perdana Menteri Etiopia, Abiy Ahmed semasa perhimpunan besar-besaran di ibu negara Addis Ababa. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda