Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Mesir naikkan harga minyak

    KAHERAH, 3 MAC – Kementerian minyak Mesir telah mengumumkan kenaikan dalam harga minyak berkuat kuasa hari ini, ketika negara dengan penduduk paling ramai di dunia Arab itu bergelut dengan inflasi dan mengalami kekurangan mata wang dolar.

    Ekonomi Mesir terjejas teruk selepas serangan Rusia ke atas Ukraine memberi kesan kepada pelabur global, mendorong mereka mengeluarkan berbilion dolar dari negara Afrika Utara itu.

    Peperangan telah menyebabkan harga gandum meningkat, menjejas teruk Mesir, salah satu pengimport bijirin terbesar dunia – dan memberikan tekanan ke atas rizab mata wang asingnya.

    Dalam tempoh setahun, pound Mesir telah kehilangan separuh daripada nilainya, membawa inflasi tahunan di negara yang bergantung pada import mencecah 26.5 peratus, menurut angka keluaran Februari.

    Daripada rizab asing Kaherah berjumlah AS$54.2 – kemerosotan 20 peratus berbanding Februari 2022 – kira-kira AS$28 bilion merupakan deposit dari sekutu negara kaya di Teluk.

    Hutang asing negara telah meningkat lebih tiga kali ganda dalam satu dekad kepada AS$155 bilion.

    Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian minyak pada Rabu mengatakan ia akan menambah minyak domestik disebabkan ‘pergolakan pasaran’, termasuk kadar tukaran mata wang pound Mesir. – AFP

    Seorang pekerja mengisi tangki sebuah kenderaan di stesen minyak di Kaherah kelmarin ketika kerajaan Mesir mengumumkan kenaikan baharu dalam harga minyak. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...