Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Mesra bukan buat-buat – Hana Ismail

    Pengacara, Hana Ismail (gambar-Agensi) tidak gusar segelintir pihak kurang selesa melihat kemesraannya bersama suami, Dai Syed, yang kerap dikongsi dalam media sosial.
    Hana tidak berkecil hati dengan pandangan berbeza setiap individu, malah, apa yang dikongsi bersama suami dalam media sosial, bukanlah dibuat-buat.

    “Baik dalam media sosial atau di luar, kami memang begitu. Kami bukan berpura-pura. Saya dan suami mahu jadi diri sendiri.

    “Saya suka teroka sisi lain dalam diri dan menganggap, ini masanya untuk menunjukkan kasih sayang kepada suami.

    “Tetapi kita tidak boleh suruh atau paksa orang suka kita. Jadi, saya terima setiap komen dengan hati terbuka.

    “Saya tahu kami menjadi tumpuan kerana orang kenal. Kalau mahu diikutkan, ramai sahaja orang lain berkongsi mengenai isteri, suami dan anak.

    Hana dan suami menganggap setiap pertanyaan ramai mengenai zuriat sebagai doa. – Agensi

    “Bagi saya, asalkan dapat beri manfaat melalui perkongsian saya. Apa yang tidak baik, tidak perlulah ambil. Terima apa yang baik sahaja,” katanya semalam.

    Hana sah bergelar isteri kepada Syed atau nama sebenar, Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful pada 3 Disember lalu.

    Selepas hampir dua bulan berkahwin, Hana mengakui masih dalam fasa mengenali keperibadian suami. Hana seronok dapat menimba banyak ilmu bersama Syed.

    “Suami saya manja, ceria dan menghiburkan. Namun, suami juga ‘kepala angin’ dan ada sisi tegas yang saya hormati.

    “Saya bebas bertanya kepadanya mengenai pelbagai perkara terutama ilmu agama. Saya bagai tidak perlu pergi ke kelas kerana ada suami yang juga seorang ustaz,” katanya.

    Dicuit mengenai cahaya mata, Hana mengaku dia dan suami tidak pernah tertekan atau kurang selesa apabila diaju soalan berhubung zuriat.

    Hana menganggap setiap pertanyaan mengenai zuriat sebagai doa. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...