Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi bantu Barca temui rentak

    MADRID, 16 April – Lionel Messi (gambar) menghidupkan harapan pemburuan gelaran bagi Barcelona dengan menyudahkan dua gol dan satu umpanan gol untuk menewaskan Real Sociedad 3-2 ketika dua pasukan teratas Sepanyol menghasilkan lima jaringan menjelang pertemuan El Clasico pada hujung minggu depan.

    Dalam perlawanan awal semalam, Isco menjaringkan gol pada minit akhir untuk mengekalkan Real Madrid dengan kelebihan tiga mata dan satu perlawanan di tangan di tangga teratas selepas dua kali bangkit dari belakang untuk menewaskan Sporting Gijon 3-2.

    Barcelona memerlukan Messi dengan rentak ini jika mereka mahu menghasilkan satu lagi kebangkitan dalam Liga Juara-Juara menentang Juventus pada Rabu ini setelah kekalahan 3-0 pada perlawanan pertama yang dialami pertengahan minggu lalu.

    “Saya lebih gembira dengan persembahan pemain-pemain dan keupayaan mereka untuk menangani kekecewaan selepas apa yang kami alami dalam Liga Juara-Juara minggu ini,” bos Barca, Luis Enrique memberitahu stesen Spanish TV, Movistar.

    Pemain dari Argentina itu sekarang hanya ketinggalan dua gol dari 500 jaringan bersama Barca ketika dia melepaskan ledakan gol dari jarak 25 ela untuk membuka jaringan.

    Messi kemudian mengumpulkan jaringannya kepada 45 dalam 44 perlawanan musim ini dengan penyudah yang kurang menarik ketika menyudahkan jaringannya dari jarak dekat selepas Geronimo Rulli menyelamatkan sepakan dari Luis Suarez.

    Bagaimanapun, Barca melepaskan peluang untuk menikmati kemenangan selesa dalam tiga jaringan hanya sebelum separuh masa pertama.

    Pertama, Samuel Umtiti menyudahkan sepakan dari Inigo Martinez ke gawang sendiri.

    Paco Alcacer, yang menggantikan Neymar kerana digantung, mengekalkan pendahuluan dua jaringan bagi Barca dengan penyudah menarik menerusi hantaran dari Messi.

    Namun, Sociedad sekali lagi menjaringkan gol terus dari sepak mula ketika Xabi Prieto menyudahkan hantaran lintang dari William Jose. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda