Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Messi bantu kebangkitan PSG

    PARIS, 29 NOV – Paris Saint-Germain (PSG) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Saint-Etienne 3-1 pada aksi Ligue 1 semalam dengan Lionel Messi menjadi watak penting ketiga-tiga gol itu.

    Perlawanan itu juga menyaksikan penampilan pertama pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos manakala Neymar dikeluarkan kerana mengalami kecederaan buku lali.

    Keputusan itu menyaksikan PSG mengumpul 40 mata, berkelebihan 12 mata berbanding pasukan di tangga kedua, Rennes yang menewaskan Lorient 2-0 untuk kemenangan keenam daripada tujuh perlawanan.

    “Saya gembira dengan prestasi keseluruhan pasukan dan usaha daripada semua pemain terutama Lionel Messi yang membantu kami memenangi perlawanan ini,” kata jurulatih PSG, Mauricio Pochettino.

    Saint-Etienne mendahului permainan apabila Deni Bouanga melepasi perangkap ofsaid dan menewaskan Gianluigi Donnarumma pada minit ke-23.

    Bendera ofsaid dinaikkan tetapi ulang tayang video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan gol berkenaan.

    Tuan rumah, menghuni tangga kedua tercorot liga tetapi hadir dengan dua kemenangan berturut-turut, kelihatan lebih menguasai permainan dalam cuaca sejuk dan bersalji itu.

    Namun prestasi mereka terjejas selepas kad merah dilayangkan untuk Timothee Kolodziejczak kerana mengasari Kylian Mbappe.

    PSG menyamakan kedudukan menerusi tandukan Marquinhos dan Angel Di Maria meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-70 sebelum Marquinhos memastikan kemenangan di masa kecederaan. – AFP

    Aksi Lionel Messi dalam perlawanan di antara Liga 1 Perancis di antara Saint-Etienne dan Paris Saint Germain di Saint-Etienne, Perancis pada 28 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -