Messi bantu Vidal cetak gol

MADRID, 12 JULAI – Lionel Messi melakukan assist ke-20 musim ini untuk mencatatkan kemenangan kurang meyakin-kan Barcelona 1-0 ke atas Real Valladolid kelmarin, walaupun ketika cabaran La Liga hampir berakhir.

Messi yang membantu Arturo Vidal untuk menjaringkan gol kemenangan di Jose Zorilla telah menjadikan dia pemain pertama yang menyumbangkan 20 bantuan gol dalam liga utama Sepanyol sejak Xavi Hernandez pada tahun 2009.

Kemenangan Barca bermakna Real Madrid masih belum merangkul kejuaraan pada hari Isnin dengan menewaskan Granada, tetapi hanya kekalahan mengejut akan menghalang mereka meletakkan nama mereka di piala pada akhir minggu ini. Secara keseluruhan, Madrid memerlukan lima mata dari baki tiga perlawanan mereka untuk merangkul kejuaraan ketiga La Liga mereka dalam lapan tahun.

Meskipun Barca yang mengharungi musim tidak menentu, Messi kekal terus cemerlang.

Hantaran cantik Messi kepada Vidal pada minit ke-15, melepasi dua pemain pertahanan Valladolid, telah mencatatkan tonggak pencapaian yang luar biasa. – AFP

Aksi Lionel Messi semasa perlawanan menentang pasukan Real Valladolid. – AFP