Messi dikekang, PSG seri dengan Marseille

PARIS, 25 OKT – Lionel Messi mendiamkan diri ketika Paris Saint-Germain yang beraksi dengan hanya 10 pemain berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 dengan musut ketat, Marseille dalam suasana panas di Ligue 1 kelmarin.

Pertemuan saingan terbesar bola sepak Perancis itu diadakan secara ringkas lebih daripada satu kali apabila sebuah objek telah dilemparkan dari tempat duduk penyokong ketika pemain PSG mengambil sepakan sudut.

Satu lagi gangguan berlaku pada separuh masa kedua apabila seorang pemuda menceroboh padang perlawanan dan menghampiri Messi sebelum diiring keluar oleh sekumpulan kakitangan keselamatan.

Ia merupakan hari yang kurang baik bagi PSG, yang sukar beraksi dan dikurangkan kepada 10 pemain ketika Achraf Hakimi diberikan kad merah pada separuh masa kedua susulan ulasan VAR atas cabaran keras terhadap Cengiz Under di luar kotak penalti.

Perlawanan itu juga ditandai dengan dua gol yang dibatalkan pada separuh masa pertama kerana keputusan ofsaid susulan ulasan VAR.

Ia merupakan keputusan yang boleh diterima dengan baik oleh skuad kendalian Mauricio Pochettiono, yang hanya tewas sekali dalam 11 perlawanan pembukaan mereka dalam Ligue 1 dan berada tujuh mata di hadapan Lens, yang menduduki tempat kedua.

“Saya rasa kami bermain dengan baik, tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol,” kata Pochettino kepada penyiar Amazon Prime.

Bagaimanapun, prestasi pemain penyerang hebat PSG akan kembali diteliti semula.

Pochettino memilih Messi, Neymar dan Angel Di Maria dalam barisan tiga di belakang Kylian Mbappe tetapi empat pemain itu didiamkan sepanjang permainan oleh pasukan Marseille yang bekerja keras. – AFP

Aksi pemain depan PSG, Lionel Messi mengawal bola di samping pemain tengah Marseille, Dimitri Payet dalam perlawanan L1 Perancis menentang Olympique Marseille di Stade Velodrome kelmarin. – AFP