Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Messi diugut lelaki bersenjata

    BUENOS AIRES, ARGENTINA, 3 MAC – Lelaki bersenjata telah mengugut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi dalam satu mesej bertulis yang ditinggalkan semalam apabila mereka melepaskan tembakan ke arah pasar raya milik mertuanya di Argentina, kata polis setempat.

    Tiada sesiapa yang cedera dalam serangan awal pagi itu, dan tidak jelas mengapa penyerang menyasarkan Messi atau pasar raya Unico di bandar ketiga terbesar negara, Rosario, yang dimiliki oleh keluarga isterinya, Antonella Roccuzzo.

    Datuk Bandar Buenos Aires, Pablo Javkin, pergi ke pasar raya dan membidas pihak berkuasa persekutuan berhubung kegagalan mereka untuk mengekang lonjakan keganasan berkaitan dadah di Rosario, terletak kira-kira 300 kilometer dari barat laut ibu kota Buenos Aires.

    Polis berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan sekurang-kurangnya sedozen das tembakan ke arah cawangan Unico pada awal pagi, meninggalkan mesej pada kadbod yang berbunyi, “Messi, kami sedang menunggu awak. Javkin juga pengedar dadah, jadi dia tidak akan menjaga kamu.”

    Messi belum mengulas. Terkenal dalam kalangan orang ramai sebagai pemain bola sepak terunggul sepanjang zaman, Messi dihormati di Argentina, terutamanya sejak dia mengetuai pasukan kebangsaan menjuarai Piala Dunia pertama negara itu dalam tempoh 36 tahun di Qatar pada Disember.

    Messi kini bermain untuk Paris Saint-Germain dan menghabiskan banyak masanya di luar negara, walaupun dia sering melawat Rosario di mana dia mempunyai rumah di pinggir bandar Funes. Pasukan Perancis menyiarkan gambar Messi menjalani latihan di media sosial semalam. – AP

    Polis berkumpul di pasar raya Unico, kedai runcit milik mertua pemain bola sepak Lionel Messi, selepas kejadian tembakan di Rosario, Argentina, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...