BARCELONA, 2 Mei – Lionel Messi melaungkan amaran kepada rakan sepasukannya yang tempat Barcelona di final Liga Juara-Juara masih belum terjamin sekali pun menundukkan Liverpool 3-0 pada aksi separuh akhir pertama, awal pagi tadi.
“Pasti lebih baik jika menang 4-0 berbanding 3-0 tetapi ia adalah keputusan yang amat bagus,” kata penyerang bintang Argentina itu. “Ia bukan penentu, kami perlu mengharungi suasana yang amat rumit, dengan sejarah yang hebat.”
Gol kedua Messi adalah yang ke-600 buat Barca dan dia melakukannya dengan penuh bergaya menerusi sepakan percuma jarak jauh menarik yang gagal dikekang penjaga gol Liverpool, Alisson.
“Ia cantik apabila ia masuk tetapi saya juga bertuah apabila bola itu terus ke bahagian sudut.” Messi juga enggan menerima segala pujian atas kejayaan berkenaan dengan rakan sepasukannya, Luis Suarez turut menyumbat gol terhadap bekas kelabnya.
“Kami perlu lebih bersatu padu sekarang, kami semua, pasukan, peminat. Kami bercakap pada awal musim ini yang kami akan memenanginya bersama-sama.” – AFP