Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Messi, Fernandez bantu Argentina

    LUSAIL, QATAR, 27 NOV – Jaringan Lionel Messi dan Enzo Fernandez pada separuh masa kedua sekali gus menghidupkan harapan Argentina untuk melangkah ke peringkat kalah mati kejohanan Piala Dunia FIFA dengan menundukkan Mexico 2-0 pada Sabtu.

    Messi menyumbat gol dari jarak jauh pada minit ke-64 sebelum Fernandez menyumbang gol kedua Albiceleste pada minit ke-87 dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Lusail, lapor Xinhua.

    Pada perlawanan itu, menyaksikan pengurus Argentina, Lionel Scaloni membuat lima pertukaran ke atas pasukan yang sebelum ini tewas mengejut 1-2 di tangan Arab Saudi.

    Seterusnya Argentina akan bertemu Poland dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan C  pada Rabu manakala Mexico perlu menewaskan Arab Saudi untuk memastikan pasukan ini berpeluang mara ke pusingan kalah mati. – Bernama

    Aksi Lionel Messi sebelum menjaringkan gol pertama Argentina menentang Mexico dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Lusail, Qatar, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...