Messi jaring gol ke-700

MADRID, 1 JULAI – Lionel Messi menjaringkan gol ke-700 kariernya tetapi Barcelona mengalami satu lagi tamparan hebat apabila harapan untuk memegang gelaran La Liga semakin tipis setelah seri 2-2 menentang Atletico Madrid semalam.

Messi menjaringkan sepakan penalti sebagai pencapaian yang menakjubkan di Camp Nou tetapi Atletico berjaya kembali bangkit melalui jaringan Saul Niguez setelah Barca mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri Diego Costa.

Keputusan itu memberi peluang besar buat Real Madrid untuk melonjak empat mata di tangga teratas La Liga jika mereka berjaya menumpaskan Getafe di halaman sendiri pada perlawanan esok dengan hanya berbaki lima perlawanan sahaja lagi. – AFP

Aksi penyerang Barcelona, ​​Lionel Messi ketika melakukan tendangan bola semasa perlawanan La Liga antara FC Barcelona dan Atletico Madrid di Stadium Camp Nou, Barcelona semalam. – AFP