Messi jaring gol ke-700

MADRID, 1 JULAI – Lionel Messi menjaringkan gol ke-700 kariernya tetapi Barcelona mengalami satu lagi tamparan hebat apabila harapan untuk memegang gelaran La Liga semakin tipis setelah seri 2-2 menentang Atletico Madrid semalam. Messi menjaringkan sepakan penalti sebagai pencapaian yang menakjubkan di Camp Nou tetapi Atletico berjaya kembali bangkit melalui jaringan Saul Niguez setelah Barca mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri Diego Costa.

 

 (Klik di sini untuk cerita lanjut)