Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi kekal pemain gaji termahal

    PARIS, 24 MAC – Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar kekal sebagai pemain bola sepak terbaik dan termahal di dunia, menurut satu kajian majalah Perancis Football.

    Kajian itu menganggarkan pendapatan pemain yang paling tinggi di dunia dengan menambah anggaran gaji dan pendapatan kasar dari hak imej mereka serta bonus yang mereka perolehi musim lalu.

    Dengan keputusan itu, penerbitan itu mengira pendapatan tahunan pemain Barcelona, Messi yang berjumlah 131 juta euro (AS$141 juta). Itu meletakkan pemain dari Argentina tersebut berada di depan Ronaldo, dengan penyerang dari Portugal itu berada di tempat kedua dalam senarai dengan pendapatan yang dianggarkan 118 juta euro.

    Pemain bintang dari Paris Saint-Germain dan Brazil, Neymar, yang berpindah ke Perancis dari kelab Barcelona dengan jumlah bayaran perpindahan rekod dunia pada 2017, berada di tempat ketiga dalam senarai itu dengan jumlah bayaran 95 juta euro, jauh berbanding pendapatan Gareth Bale dari Real Madrid.

    Welshman berada di tempat keempat dalam senarai dengan pendapatan 38.7 juta euro.

    Sementara itu, menurut majalah itu, jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone adalah jurulatih gaji termahal dengan jumlah pendapatan 40.5 juta euro, jauh lebih mahal dari Antonio Conte, Inter Milan dengan pendapatan 30 juta euro dan Pep Guardiola dari Manchester City dengan 27 juta euro. – AFP

    Reaksi Lionel Messi pada perlawanan yang lalu. Messi merupakan pemain yang memiliki pendapatan yang paling tinggi musim lalu dengan jumlah pendapatan AS$141 juta. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda