Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi kembali, Argentina terikat seri

    MONTEVIDEO, 11 OKT – Salomon Rondon menjaringkan gol penyamaan pada babak kedua untuk membantu Venezuela mengikat Argentina 1-1 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan pagi tadi, manakala Bolivia yang beraksi 10 pemain mengejutkan Colombia 1-0.

    Kepulangan Lionel Messi dalam kesebelasan utama Argentina dilihat membantu juara dunia itu melakar kemenangan apabila Nicolas Otamendi berjaya menjaringkan gol pada minit ke1-13 setelah menyambut sepakan percuma bintang Inter Miami itu.

    Bagaimanapun persembahan bersemangat Venezuela di depan penyokong mereka di Maturin berbaloi pada pertengahan babak kedua apabila Rondon, 35, menanduk masuk hantaran si-lang Yeferson Soteldo menewaskan penjaga gol Argentina, Geronimo Rulli.

    Sekalipun tercicir mata, juara Piala Dunia 2022, Argentina tetap menjadi pilihan untuk merebut tempat ke pusingan akhir 2026, yang dianjurkan bersama Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

    Dengan kejohanan itu ditambah kepada 48 pasukan, enam pasukan teratas daripada 10 negara Amerika Selatan layak mendapat tiket automatik ke pusingan akhir.

    Argentina mendahului carta dengan 19 mata daripada sembilan perlawanan, tiga mata di depan pasukan tangga kedua Colombia, yang mengalami kekalahan mengejut 1-0 di tangan Bolivia pagi tadi.

    Bolivia bangkit daripada kehilangan pemain tengah Hector Cuellar pada babak pertama kerana dibuang padang untuk meraih kemenangan di El Alto, yang terletak kira-kira 4,150 meter di atas paras laut.

    Gol individu memukau daripada Miguel Terceros membantu Bolivia meraih kemenangan keempat pada kempen kelayakan sekali gus melonjak mereka ke posisi kelayakan secara automatik.

    Nasib Bolivia berubah secara dramatik sejak pasukan itu mula bermain aksi kelayakan di El Alto, yang lebih tinggi 500m berbanding gelanggang biasa mereka di Estadio Hernando Siles di La Paz.

    Bolivia memilih untuk me-ngubah perlawanan ke El Alto selepas kalah dua perlawanan pertama mereka di laman sendiri di La Paz tahun lalu. – AFP

    Messi ketika beraksi pada kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Monumental de Maturin, Maturin, Venezuela, pagi tadi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda