Messi kembali barisi skuad Argentina

BUENOS AIRES, 8 Mac – Lionel Messi dinamakan dalam skuad Argentina buat kali pertama sejak Piala Dunia, mengakhiri tempoh lapan bulan dipinggirkan.

Jurulatih sementara, Lionel Scaloni menamakan pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu dalam skuadnya menjelang perlawanan persahabatan menentang Venezuela dan Maghribi.

Bintang Barcelona berumur 31 tahun itu tidak menyarung jersi kebangsaan sejak Argentina tersingkir pada saingan Piala Dunia Jun tahun lalu kepada pemenang, Perancis.

Seorang lagi pemain yang lama tidak dipanggil, Angel Di Maria dari PSG juga dipilih ke dalam skuad tetapi tidak buat pemain veteran, Sergio Aguero, meskipun beliau berada dalam prestasi cemerlang bersama Manchester City.

Turut tidak disenaraikan ialah pemain Chelsea, Gonzalo Higuain dan Mauro Icardi dari Inter Milan. – AFP