Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Messi, Mbappe benam Maccabi Haifa

    PARIS, 26 OKT – Kylian Mbappe dan Lionel Messi masing-masing meledak dua gol ketika Paris Saint-Germain membelasah kelab Israel, Maccabi Haifa 7-2 sekali gus mengesahkan tempat ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara berbaki satu perlawanan.

    Neymar juga menemui sasaran dan pemain Brazil itu juga memaksa gol sendiri pertahanan Maccabi, Sean Goldberg sebelum Carlos Soler melengkapkan kemenangan ketika kelab dari Paris itu pertama kali mencatat kemenangan dengan tujuh gol dalam Liga Juara-Juara sejak November 2017.

    Kemenangan itu bermakna PSG sudah layak dari Kumpulan H bersama Benfica, walaupun mereka perlu menunggu pertemuan terakhir minggu depan bagi menentukan siapa akan menghuni tangga pertama dan mendapat undian lebih mudah untuk pusingan seterusnya.

    “Ia malam yang hebat. Pasukan bermain bola sepak yang menakjubkan, antara pertahanan dan pemain tengah serta tiga penyerang,” kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.

    “Wujudnya hubungan yang bagus antara mereka.”

    Maccabi Haifa yang menyaksikan pertahanan Senegal, Abdoulaye Seck menjaringkan kedua-dua gol pasukan itu, tersingkir bersama Juventus namun juara Israel itu masih boleh mengenepikan gergasi Itali itu untuk menghuni tempat ketiga dan ke Liga Europa selepas Piala Dunia tamat.

    “Saya lebih rela kalah 7-2 berbanding 4-0 tetapi beraksi dengan teruk,” kata jurulatih Maccabi, Barak Bakhar.

    “Kami berdepan antara pemain terbaik dunia dan mereka membuktikannya malam ini.” – AFP

    Aksi Achraf Hakimi (kanan) bersaing dengan Joshua Cohen (tengah) semasa perlawanan bola sepak antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Maccabi Haifa FC di stadium Parc des Prince, Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...