Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Messi negatif COVID-19, sambung latihan

    PARIS, 6 JAN – Lionel Messi telah disahkan negatif COVID-19 dan kini telah kembali ke Perancis serta menyambung semula latihannya untuk “hari-hari yang akan datang”, menurut pengumuman Paris Saint-Germain kelmarin.

    Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali telah disahkan positif dijangkiti virus semasa percutiannya di Argentina minggu lalu tetapi membuat penerbangan balik ke Paris kelmarin.

    Dia telah ketinggalan perlawanan PSG yang menang 4-0 menentang Vannes pada Isnin lalu.

    Kelab tersebut tidak mengatakan jika Messi bersedia untuk perlawanan pertama Ligue 1 selepas cuti musim sejuk di Lyon pada Ahad ini.

    “Ujian tersebut yang dibuat oleh Leo Messi adalah negatif COVID-19. Dia telah tiba di Paris dan akan meneruskan latihan bersama pasukannya pada hari akan datang,” kata PSG dalam satu kenyataan.

    Messi telah bertahan dalam memulakan hidupnya yang sukar di ibu kota Perancis sejak meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu.

    Dia hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan liga untuk PSG, walaupun dia telah menjaringkan lima gol semasa Liga Juara-Juara.

    Ibu kota Perancis itu juga mengatakan bahawa pemain pertahanan, Laybin Kurzawa telah disahkan positif COVID-19 kelmarin dan sedang menjalani pengasingan diri.

    Penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, pemain pertahanan, Juan Bernat, penjaga gol simpanan, Sergio Rico, pemain tengah, Danilo Pereira dan pemain muda, Nathan Bitumazala telah disahkan positif COVID-19 pada minggu lalu. – AFP

    Lionel Messi telah disahkan negatif COVID-19 dan kini telah kembali ke Perancis dan akan menyambung semula latihannya untuk “hari-hari yang akan datang.” – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...