Messi, Rapinoe rangkul anugerah ballon d’Or

PARIS, 3 DIS – Lionel Messi memenangi rekod keenam Ballon d’Or sementara itu Pemenang Piala Dunia Megan Rapinoe merangkul hadiah kategori wanita, kelmarin.

Sehari selepas menjaringkan gol ke-614 dalam kariernya untuk Barcelona, Messi mene-bus kembali piala yang dimenanginya pada 2015.

Pemain pertahanan Liverpool Virgil van Dijk berada di kedudukan kedua, diikuti oleh Cristiano Ronaldo yang berkongsi rekod lima kali menerima Ballon d’Or dengan Messi sehingga kelmarin.

Penguasaan 10 tahun Messi dan Ronaldo pada anugerah individu berprestij yang dianjurkan oleh majalah Bola Sepak Perancis telah berakhir pada tahun lalu setelah Luka Modric memenanginya.

Tetapi Messi kembali berada di puncak kariernya sejak 12 bulan lalu. Messi menjaringkan 36 kali musim lalu dalam merebut gelaran Liga Sepanyol, dan menjadi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara.

Pemain Argentina itu tidak menunjukkan tanda-tanda kemerosotan sejak awal musim Eropah yang baharu, dengan perlawanan ke-700nya untuk Barcelona minggu lepas dengan gol dan dua assist sewaktu mengalahkan Borussia Dortmund 3-1.

Van Dijk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara 2019 bersama Reds selepas mengalahkan Messi di Barcelona pada separuh akhir dengan agregat 4-3, termasuk kemenangan 4-0 di Anfield dalam perlawanan timbal-balik.

Sementara itu, Rapinoe memenangi Kategori Wanita Ballon d’Or untuk mengetuai Amerika Syarikat ke Piala Dunia Julai ini.

Dia menjaringkan enam gol dalam kejuaraan dan meraih Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dan Bola Emas sebagai pemain terbaik. – AP

Pemain bola sepak Barcelona Lionel Messi memegang trofi anugerah Bola Emas di Paris. – AP